Inside and Outside of Mr.Kratos

Inside and Outside of Mr.Kratos
Blog aku bertemakan 'warna-warna kehidupan'...confirm mata korang berjalur-jalur huhu...

Kratos's Clock Machine

Friday, December 10, 2010

My 15

Tiap-tiap hari aku boring taktau nak buat menda..so kali ni Project My 15 ni memang mencabar kelakian dan kebosanan aku...


:::Kratos Pictures mempersembahkan:::
"15 Items tentang Kratos dipersembahkan untuk Bro Qarl"
enjoy!!!!




#1 Juliana Evans


So entry kali ni aku terlari topik dari yang lepas..hehe..macam ni jelah aku cakap,sebenarnya aku and wife memang minat bendalah pasal seni photography nih.tapi memandangkan budget yang agak tak berapa nak banyak,bukan setakat Nikon D3100,bahkan CD software pon tak mampu nak beli lagi.tapi macam mana pon InsyaAllah by next year we will make it come true!huhu...Juliana Evans...sape tak kenal kan..maybe ada lah jugak pakcik dan makcik yang dah tak mampu nak tengok tv and baca paper yang tak kenal dengan artis jelitawan yang cun melecun nih.sape cakap artis Malaysia tak best??? huhu...




#2 Wife


Okay kalo tadi Juliana Evans,ni plak memang sah bini aku a.k.a Syakirah.macam mana nak describe pasal wife aku ni.senang cite dia memang seorang wanita yang sangat cantik pada pandangan aku.dia seorang perkerja yang jujur dan terer lah kesimpulannya.satu benda ja yang aku fade-up pasal wife aku "sorang" ni..aku amat takut kepada beliau.pernah beberapa kali beliau melesing aku hingga pada bulan oktober 2010 aku mengalami pendarahan hidung.gile punya terpengaruh WWF sampaikan bergurau senda hingga mencederakan aku.tapi apa-apa pun wife aku nih sangat penyayang dan sporting..hehe...






#3 Photography

Gambar nih adalah gambar kegemaran aku dan model tersebut adalah salah seorang kawan aku yang bernama Syuhairie.(single lagik..).aku rasa pic ni mempunyai element dan juga message yang sangat membina,amat sesuai kalau buat banner untuk students IPTA dan IPTS and letak kat Library.kalau aku masih belajar,mesti aku berlajar bersungguh-sungguh selepas melihat gambar ini huhuhu...





#4 Liverpool F.C

Liverpool..hurm susah nak cakap pasal performance diorang season ni.tapi yang pasti aku memang meminati team ni dari aku umor 4tahun lagi.so macam takde masalah lah kalo diorang main teruk pon aku still minat.dulu aku pernah bercita-cita nak main untuk liverpool.tapi nak buat macam mana kan,masa tu tiket kapal terbang dan kos untuk buat passport tersangat lah mahal huhuhu..apa-apa pun,YOU'LL NEVER WALK ALONE!




#5 Baby

Sebelum aku mula bercerita,aku nak buat pembetulan..pic nih je buat aku nampak macam juling,tapi pada hakikatnya aku normal huhu...soooo...back to our story,nih kitten aku yang aku nama kan Baby.si Baby ni dulu aku mati-mati ingatkan dia nih perempuan,rupa-rupanya dah besar baru nampak bahawa beliau nih lelaki.nak cite pasal Baby nih memang tak habis lah..dia punya bising satu Kangar boleh dengar.kalau time tdo okay jer,kalo lapar jer terus bising dan membuat kacau bilau didalam rumah.adoiii..nih kira termasuk bencana alam jugak lah dia ni pon.





#6 Rapunzel

"Abang kalau nak kawin lagi sorang make sure dengan Rapunzel...Orang lain Sayang tak kasi!!!"
diatas adalah petikan daripada kata-kata bini aku.kalau aku nak kawin sorang lagi make sure dengan minah diatas ni je.huh!memang takde jodoh la kitorang.apa-apa pun Rapunzel adalah salah satu watak kegemaran aku terbitan Walt Disney...Rapunzel Rocks!!! 




#7 Kratos God Of War I,II, & III

Nama aku dalam Facebook pon aku ambik dari watak ni.kalo korang nak add aku make sure carik Kratos Abdul Zeus,(pergh promote!).jangan bimbang aku sorang jer yang guna nick nih.beliau ni seorang watak dalam game ps2 & 3. kalo korang pernah main sure korang tahu betapa "sopan dan baik" si Kratos nih.aku memang dah terpengaruh betul agaknya dengan watak ni sampai terbawak-bawak dalam tido...nak tahu bertapa ganasnya mamat ni,cubalah main!hehehe...





#8 P1 w1max

Hahaha..ape nak cakap kalo benda ni takde.aku bergantung hidup dalam dunia 'social networking' aku hanya kerana wimax.terime kasih kat member aku Embun Pagi sebab 'pinjamkan' aku wimax hahahaha..kalo tak jangan nak Facebook,nak menulis Blog pon tak kesampaian.bagi aku line wimax memang tip-top kat area Kangar Perlis nih.best-best!!!




#9 XBox 360

Bini aku kasi aku hadiah sempena birthday yang ker 26.sangat bermakna bagi gamer macam aku.dapat jer xbox,Playstation terus ditinggalkan haha...memang superb lah benda nih.tambah-tambah kalo main guna HD. susah nak cakap lah tapi yang pastinya kalo tak pegang xbox memang terasa bagaikan ditinggalkan isteri ke kursus la...




#10 Aku la sapa lagi

Adeh..susah nak paham dengan diri aku sendiri.tapi ape-ape pon aku suke pic nih..takde yang lucah ek Bro Qarl!!!nih pic nih wife aku yang snap dan aku agak suke edit pic nih Back to 1960's.by the way,ada masa okay..ada masa gilo haha!.nak cakap moody pon tak sebab memanjang je merapu keja aku.member-member adalah sumber inspirasi kedua selepas isteri dan family.tapi aku jenis yang easy-going.kadang-kadang rasa macam handsome,tapi sebenarnya macho jer.ntah lah..aku pon tak faham!




#11 Axe's Body-spray & Deodorant 

Masalah badan busuk?haaa aku suggest Axe la kat korang.aku memang tak leh nak pegi mana-mana kalo aku tak pakai Axe.memang antara yang penting la untuk kecantikkan dalaman diri aku haha..statement teruk gila.tapi serious lah cakap memang mengundang bahaya gak bendalah ni.sebab once perempuan terhidu diorang akan cakap.."bom chicka wahwahhh!!!"..so lepas tu confirm korang akan lari bertempiaran diburu oleh isteri sendiri akibat cemburu.moral of the story,nak pakai Axe bagi korang yang dah kawin,elakkan bila berjalan-jalan bersama isteri.lagi baik pakai time bini pegi keje or kursus..hahahaha..(joke jer eh...) 



#12 Swimming  

Korang mesti pernah tengok cite Bay watch kan?ala yang TV2 tu lah.Pamela Anderson pon berlakon gak. aku boleh disifatkan macam hero cite tu lah.tiap kali cuti je aku and the gang mesti pegi mandi air terjun.best wooo..kalo korang datang Perlis try pegi Bukit Air.nama pon dah tau macam mana suasananya.memang best!
dalam pic nih aku mandi kat sebuah lubuk kat situ.memang mengundang kecelakaan la sebenarnya.tapi untuk individu-individu yang terer berenang macam aku,InsyaAllah takde hal.




#13 Bola sepak

Memang dah sinonim dengan kaum Adam la kan,kalo tak main bola ni memang pelik dan tak lelaki la. statement nih bukan aku saje buat tapi dah memang kenyataan.aku start main bola mase darjah 2 lagi.then mase darjah 4 wakil sekolah rendah. pengalaman yang paling aku takleh lupa adalah masa aku score gol sendiri sebab nervous!haha..aku akui yang aku memang sengal jugak.tapi aku memang minat tahap tertinggi la sukan ni.sape cakap main bola senang?the truth is,masa main bola kita kena ada kemahiran matematik...sebab nak kena passing dan shooting kena ada calculation hape...tapi yang pasti dan tersangat fakta pasal sukan ni adalah,we always say no to racism!!!




#14 Melancong,melencong

Aku dulu jenis tak suke melancong.tapi lepas aku kenal dengan wife,dia yang ajar aku benda-benda macam ni.tapi secara jujur aku cakap memang baru aku tau yang malancong ni best.even Perlis dekat dengan Langkawi, aku jarang kot pegi.tapi Honeymoon kitorang pegi melencong kat Langkawi.hurm..senang cakap korang pegi je..memang best dan sangat mengimbau nostalgia masa bercinta time kanak-kanak dan remaja hahaha..tak caya?tak caya sudah..try la pegi...




#15 Musik,Akustik & Realistik

Sebagai penutup aku memilih musik.tipu lah kalo korang tak minat musik sebab Al-Quran sendiri mempunyai elemen-elemen musik didalam kehalusan seni ciptaanNya.aku start involve dalam musik secara serious selepas spm 2001.before tu pon memang dah minat.bile terkenang balik zaman-zaman Grunge dulu-dulu lawak pon ada gak hahaha..dengan seluar ketat,koyak rabak,rantai gantung kat seluar,baju lusuh and kasut all american yang sememangnya menjadi identiti Kurt Donald Cobain.then aku menceburi diri dengan mencipta beberapa buah,puluh & ratus lagu.melalui musik nih kita akan dapat express dan keluarkan semua isi hati kita dan aku lebih suka cipta lagu menggunakan acoustic guitar dan dengan itu maka akan terkeluarlah lirik-lirik yang secara am nya merupakan cerita realistik tentang kehidupan aku :) ade kena mengena tak???


fuhhh!jadi inilah saje nukilan dari saye Bro Qarl.kalo nak ikut 99 items pon tak habis huhu...
anyway thanks sebab memberi kesempatan kat kitorang untuk accept healthy challenge macam nih..


:::Lets rock our page with this "My 15" dude:::

0 comments :