Inside and Outside of Mr.Kratos

Inside and Outside of Mr.Kratos
Blog aku bertemakan 'warna-warna kehidupan'...confirm mata korang berjalur-jalur huhu...

Kratos's Clock Machine

Tuesday, December 14, 2010

Koleksi peribadi..cewahhh..

.:::Hello dan Salam 1Malaysia friends!:::.

wah,sebenaqnya rasa macam kurang normal dan waras kalau tak buat entry baru.(memang dah tak berapa nak waras dah pon).so dah jadik macam contest pulak nak lawan sape yang banyak mengeluarkan entry2 hot dan banyak.the nominee are...aku,Syakirah dan jugak akak blogger kita iaitu Embun pagi.hampa jangan jeles kalo aku buat banyak2 nooo..

so nak pendek je kali ni.aku nak tunjuk koleksi magazine yang aku selalu follow.so,i hope u guys out there follow ye..bak kata Salih yakob.."i polooooo!"


My Favorite Magazine goes to..... "4-4-2"

4-4-2 ataupon four-four-two(ceh sama la tu kan..) adalah majalah pilihan aku.dah cakap fanatic bola takkan taknak baca kan?


Okay lad,ni sebahagian dari koleksi 4-4-2.by the way sorry la no sebab pic kabur sikit.maklum la guna Nokia 6760 ja pon...
tengok!betapa tekunnya Pak long hampa membaca.haha..nak carik ilmu ni kat mana2 pon dapat..








So,selasai sudah untuk entry kali ni.aku akan kembali dengan cita2 yang lagi best untuk entry yang akan datang.aku sebenarnya memang malas tapi memandangkan ada certain pihak yang memaksa,so aku buat lah..hahaha belagak femes.okay ciow!

Monday, December 13, 2010

kejap sana,kejap sini and now back to my hometown...


Assalamualaikum semuaaaa!!! I'm back.so kali ni diatas permintaan kawan2 yang banyak view blog aku,diorang mintak untuk aku cita sedikit sebanyak tentang hometown aku dan jugak tempat2 yang telah memberi inspirasi dan juga mengimbau nostalgia2 silam huhu.Okay aku tinggal kat Kangar,Perlis.so tak banyak yang aku boleh describe pasal negeri yang comel lotey nih tapi yang uniknya kat Perlis kitorang ada kena tempias2 'winter wind'.so sekarang ni memang sejuk tahap U.K lah kat sini haha..one more thing,Perlis memang best sebab suasana yang sangat syahdu dan romantik.kalo aku nak cite satu2 memang tak akan habes so di entry yang lain aku akan cite dengan lebih panjang...




Okay kalo korang tengok collage yang aku bikin kat sebelah ni adalah tempat dimana aku sering lepak menghabeskan masa dengan bini aku dan jugak kawan2.Port kitorang ni adalah kedai makanan ala siam gitu!memang sedap dan gorgeous gilo la makanan kat sini.murah beb!


nama kedai ni kitorang panggil 'kedai kak da' je.memang agak riuh rendah bila malam menjelma..huhu mana tak nya semua 'hantu2 dan jin2' pakat2 keluo lepak kat sini.macam2 cite ada dari gossip public sampai la artis hahaha..


scenery kat tepi kedai ni memang heavenly tahap gila babas la kalo korang datang sini.bagi yang minat photoshot,leh la bawak model korang kat sini.opposite kedai makan ni plak ada futsal,tapi aku tak sempat nak ambik pic.


yang paling penting sekali adalah cyber cafe yang berada bersebelahan dengan kedai ni.cc ni adalah sumber bebudak kot2 area ni surf internet la.terima kasih kepada Embun Pagi kerana cc ni adalah kepunyaan LAKI dia hahaha...


ni yang sebelah ni pulak pic member2 aku yang sedang bergossip liar..haha..dari kiri tu name dia Key Mran.dia seorang jejaka yang disegani kerana kehebatan beliau bermain takraw.


yang baju merah sebelah key tu plak namanya Arm Maun..haaa kalo korang nak belajar ilmu hitam boleh ja jumpa dia haha..dia ni kuat melatah dan kurang gilo sikit je dari pokcik.yang sebelah arm tu plak Mat Eik.baju kegemarannya adalah berbelang2 kerana beliau memang hidung belang.dia adalah expert dalam perubatan untuk kaum Adam hahahaha..haa yang baju merah tu pulak adalah Bro shah.dia ni aku pon tak paham sebab keja dia banyak je kot...haha kire tahap business man kelas 1 la jugak dia ni..okay yang korang nampak kepala tu namanya Alun.nasib dia tak pose kepala dia bahagian depan..sebab apa?haa kalo korang nak tau dia memiliki tabung di kepala.dia ni kira macam duta tabung haji la..haha kalo aku nak cite memang tak cukup satu entry nih..tapi jangan risau,cerita2 yang hot akan dipaparkan lepas ini ye,so stay tune,okay see u tata!

Prihatin?so just say something!

Salam & Good Morning!     (Pukul 5:11am dah)


macam biasa,sebelum menghabiskan sisa2 subuh ni aku rasa aku taknak lepaskan peluang untuk solat fardhu subuh jap lagi,and so i decide nak karang blog lagi...


Okay back to the root lah kan,sekarang ni ramai orang yang tak prihatin langsung bab2 yang melibatkan Agama,Bangsa,Negara & Silaturahim ataupon lebih best kalau aku sebut sebagai friendship nih kan.apa yang nak aku tekankan kat entry ni adalah sikap setia kawan a.k.a friendship lah tu kan.bagi aku sikap ni akan merangkumi semua aspek2 seperti dari segi agama dan so forth.bagi aku la kan korang2 yang menjadi kawan2 aku amat menyayangi korang.bini aku still on top lah kan.bila ada ape2 selalunya orang akan refer pada soal ni.kekadang tu sebagai contoh dalam pergaulan kite sekarang ni kebanyakkan individu agak mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri.memang la kite kena lebihkan diri kita dari orang lain tapi tak bermakna kita tak boleh berkorban langsung untuk diorang kan?aku ni jenis pemarah sebenarnya dan jugak jenis yang agak kejam,tapi maleh nak masuk port kalau menda2 yang tak best dan tak penting.aku gak bukan jenis bermusuh dengan orang dan marah tak tentu pasal..kalo tak caya tanya la bini aku sendiri.huhu jangan bimbang dia amat jujur kalo korang tanya pasal aku.aku ni boleh dikatakan jenis seorang yang amat suka kan keamanan dan juga keharmonian...haha macam duta alam sekitar pulak kan?tapi tu lah kadang2 orang tak tahu nak menilai kita dan selalu nak 'pijak kepala' kita dan membuatkan aku amat menyampah tak pasal2 kat orang tu!




Apabila benda2 yang tak seumpamanya terjadi maka akan berlakunya peperangan kan?so aku nak tanye korang la kan..korang suke tak kalo kita sentiasa berperang macam kat tempat2 lain?tak suke punye lah.kalo dah perang susah nak buat aktiviti2 dan jugak memang tak bebas lah kan.macam pak long2 kat atas ni,memang senang la die cakap "vengeance is the ultimate weapon".memang betol tapi tu dari segi yang agak zalim,why not kita berdamai dan selalu hormat dan menghormati sesama kita kan?so kalo mende2 macam ni kita boleh avoid thats mean kita adalah insan yang prihatin dan mulia,tul tak?


kalo tak caye tengok 2 makhluk Tuhan sebelah ni,kan senang cenggini kan?moral kehidupan kita adalah sangat nyata.kalo kite prihatin semua benda akan jadi okay tapi tu lah masalah orang kita nih,dah tak puas hati tanak say something.yang diorang tahu nak maki hamun je kan..apa kejadahnya??(aku pon mcm tu jugak thehehe).so aku rasa apa yang cuba aku sampaikan ini maybe akan mengubah dan menambahkan nilai2 murni dan sikap keprihatinan kita dalam masyarakat pada hari ini.thanks!

kegemukkan dan keBOROIan sudah melanda sudey...

Assalamualaikum again friends and bloggers!


Entry aku kali nih memang agak menyentuh sensitiviti sesetengah pihak la...termasuk aku jugak hahaha..takda la teruk sangat pasal bendalah ni tapi if i have to compare to the previous version of me,memang aku rasa frust jugak la haha..atlet kunun!wahaha..dulu  size badan aku agak fair dan comel lah,tapi semenjak dua menjak kawen ni dah makin teruk plak keboroian yang dialami haha..bini aku selalu perli aku.cuba perhatikan dan selidiki contoh perbualan dibawah;

aku        : yang,malam satgi abg ada futsal dengan member-member lama sekolah.

bini aku : yeka?pukul berapa abg?

aku        : macam besa la syg,pukul 9 sampai 10...kan tiap-tiap minggu kami main 
                futsal twice a week.bukan apa syg oiii..nak jaga badan la..nanti obes plak!


bini aku : masalahnya hampa main tak sangga-sangga tapi tak kurus2 jugak pon!!!!



haha kemudian tanpa berlenggah lagi aku terus blah sebab tak tahan kena perli dengan bini aku.


masalah sebenarnya aku dah dapat detect,iaitu tak lain tak bukan berpunca daripada masalah permakanan.mana taknya pantang nampak makanan best sikit nak sebat je.bini aku kalo datang dia punya mood masak memang tak dapat nak berkata ape lah haku melainkan rembat je seperti mana selalu aku rembat bola.so,macam mane nak kurus kan?dah tau nak kurus macam dulu kala tetapi tak alert dengan pemakanan dan diet yang seimbang!cewah,macam doctor!


bini aku memang bengang la,selalu je perli aku,beli kasut futsal and stuffs sukan dah beratos-ratos dah harga.brand taknak yg cikai2,nike,adidas hahaha so macam mane tak kena kutuk sebab budget yang melimpah ruah macam tu kan.so,korang yang baca entry aku nih menjadi saksi bahawa habes je aku publish post ni,aku akan start diet kehkehkeh...leh caye ke?:)

Sunday, December 12, 2010

:::Santai,Lepaking & Relaxing:::

'model' dibawah..cewaahhh :
Kratos & Syakirah (wife)


:::::Assalamualaikum:::::

hello...baru je settle satu entry aku tambah lagi satu.huhu..ape2 pon aku nak info yang team 

Liverpool kalah lagi tadi...adeh!okay2 lupekan pasal duka kite sambung dengan entry kali 

ni.takde lah penting sangat just nak memeriahkan je blog page aku ni.ape2 pon hope korang 

enjoy sebab aku pon just buat nak hilangkan ngantok dan frust je nih hehe...so entry kali ni aku

just nak cite pasal hobi 'bini' aku masa lapang dan diselit2 dengan hobi aku lah kan kalo tak baik

aku post entry nih kat blog wife aku je kan?


santai adalah salah satu benda yang aku suka.tapi kalau bini aku ajak shopping je...kebaboom!

rasa macam nak perang ja..haha...boring kot..korang tau la kan bila org pompuan ni nampak sign age

SALE diorang jadi macam mana kan?haaaa macam tu la jugak bini aku ni kira time dia ajak pi shopping

memang aku jadi meracau habeh la senang kira..pernah tengok cita Ngangkung???haaa macam tu la 

kesimpulannya.tapi bini aku best dari satu sudut la...kalo dia ajak shopping mesti dia beli benda kat aku

hahahaha..."abg amat mencintai mu sayang"...kehkehkeh...bini aku bab shopping ni orang kata 

anything will do la.janji hajat dia sampai sudah.aku?aku macam bese la buat muka nak terberak la time

teman dia,lepas dia beli kat aku terus aku buat ayat..."eh eh...best no shopping ni kan sayang?",

wahahahaha terer tak aku?


okay kita tutup pasai lepak & santai tu.kita masuk bab edit meng'edit' plak.Insya Allah kalo semua lancar

by January 2011 nih satu atau dua atau tiga kurniaan Tuhan akan menjelang tiba.salah satunya Nikon D3100.

bini aku dan aku jugak la dah getaq kaki2 dah nak guna bendalah tu.memang best lah kan sapa tak best kalo 

dah benda yang memang mahal cenggitu kan?melampau la kalo nak beli D7000.nanti2 akan ku beli jua.kami ni

memang jenis suka edit and ambik pic.tah berapa puluh ratus tah pics yang bini aku simpan dalam pen drive 

sampai naik nyampah nak bukak.haha tapi tu la kan kalo benda banyak pon salah,sikit pon salah kan. 

sebagai contoh,kami akan menubuhkan satu produksi photography yang aku namakan sebagai:-


------The Phos Chronography Pictures------ 
a.k.a
Kratos | Pictures


Ape maksud "The Phos Chronography Pictures"???

Bagus sekali soalan tu dik.okay 'phos' adalah perkataan dari Greek kuno yang membawa maksud 'light' in malay

'lampu'.secara fakta perkataan 'photography' tu adalah berasal dari Greek iaitu 'phos=light' dan 'graphi=draw'

jadi apabila digabungkan ia akan menjadi 'photo+graphy=photography'...faham???tak faham pi belajaq lain.

okay chronograph pulak bermaksud alat yang mengukur dan rekod masa didalam sesuatu upacara,jadi kalau 

aku translatekan maksud "The Phos Chronography Pictures ni membawa maksud yang pelik la kan bunyinya

akan jadi "gambar2 lampu alat yg mengukur masa"..pehhh memang pelik hahahaha...tapi maksud

betulnya adalah,aku cuba ketengahkan ciri2 masa yang penting dalam seni gambar produksi aku nanti...

nak tahu result nye???tunggu blog aku 2011 nanti hehe... 

Saturday, December 11, 2010

Liverpool Forever!!!huhu..,

LIVERPOOL F.C
Assalamualaikum! so selepas penat mecari idea untuk entry 'My 15' aku rasa aku nak cite pasal team yang aku gilai sehingga kalo kalah boleh menyebabkan kemarahan dan 'bad mood' yang sangat disegani hehe...
Liverpool,sape yang tak kenal dengan team nih kan dengan pretasi naik-turun diorang sejak 2 season kebelakangan ni.apa yang aku nampak diorang ni semua dah okay cuma memerlukan sedikit je masa lagi untuk 'click' sesame team mates.ape pon seriously cakap lah aku memang akan terus setia dengan Liverpool!






Roy Hodgson




Okay,menyentuh soal 'tactical' pulak aku rase Bos Liverpool iaitu Roy Hodgson nih maybe agak terbawak-bawak tactikal lama yang selalu beliau guna untuk Fulham dan jugak Copenhagen dulu.But one thing,we can't put all blames on him lah kan.sebab even dia selalu dapat criticize dari bermacam-macam pihak termasuk Reds fan club dan Liverpool's echo,tetapi beliau tetap optimis bahawa Liverpool akan menjulang trophy semaksima yang mungkin.dari pemerhatian aku pasal pak long ni,dia ni terlalu 'calm' dan kekadang boleh merencatkan momentum pasukan.tapi kite hanya boleh kritik,dia manager dia tahu lah apa nak buat kan?kang dia cakap.."korang ni banyak songeh la..try mai ganti aku trngok!"..haha kan susah kan?tapi tulah kadang-kadang tension jer tgk performance Liverpool yang turun naik nih.Roy just bole convince fan je cakap akan ada perubahan drastik tapi takde mende pulak kan.Frankly,don't worry Roy,we will be the 12th player in this team!selagi termampu aku akan support team aku nih and why not kalo diorang mampu stay on the big four listed kan?come on lads,keep it up!it is comeback time for us Roy!






League table...FuHHH!



  
Ni pulak league standing after seven matches hari tu.pergh bukan nak cakap la rase macam dah takde harapan untuk liverpool even nak stay top ten pon.tapi masa akan mengubah segala-gala nya kalo kita berubah dan cuba untuk bangun.hasilnye sekarang liverpool dah stay tangga kelapan.okay what kalo nak compared mase time table kat atas nih..bottom three kot..bole kene eliminate tu kalo terus stay kat situ.tapi apa-apa pon aku harap sangat liverpool akan habiskan season ni 'at least' top four.i do hope!come on YOU'LL NEVER WALK ALONE...




This is A.n.f.i.e.l.d and pride to be Anfield!




Anfield nih nama stadium liverpool sekarang.dengar cite stadium baru dah nak siap kot.kalau diikutkan jadual siap end of 2010.tapi tak dengar rumor pon pasal stadium nih.macam mana pon Anfield nih ade sejarah yang tersendiri..ape orang cakap,ade dia punya historical and memory values la untuk the kop.kalo aku tak salah stadium baru diberi nama Stanley's Park bersempena nama ex manager liverpool.kalo tengok zaman Stanley memang liverpool ni paling dasyat lah time tu.banyak pencapaian yang amat membanggakan yang dihasilkan oleh beliau ni.kire layak dapat Noble Award lah huhu.apa-apa pon memang layak la stadium tu tribute kat dia atas dia punya achievement untuk pasukan kesayangan ramai ini.








Sesuatu yang amat berharga,istimewa dan penyelamat didalam Liverpool F.C




Stevie G or Steven George Gerrard is PRICELESS

This is Alternate Kit

Home kit?i bet ya' like this!!!


2nd kit..awful and look gorgeous!


Fernando Jose Torres Sanz..sometime used to be Reds Saviour 




Steven Gerrard...Hail the capitan!!!!



Friday, December 10, 2010

My 15

Tiap-tiap hari aku boring taktau nak buat menda..so kali ni Project My 15 ni memang mencabar kelakian dan kebosanan aku...


:::Kratos Pictures mempersembahkan:::
"15 Items tentang Kratos dipersembahkan untuk Bro Qarl"
enjoy!!!!




#1 Juliana Evans


So entry kali ni aku terlari topik dari yang lepas..hehe..macam ni jelah aku cakap,sebenarnya aku and wife memang minat bendalah pasal seni photography nih.tapi memandangkan budget yang agak tak berapa nak banyak,bukan setakat Nikon D3100,bahkan CD software pon tak mampu nak beli lagi.tapi macam mana pon InsyaAllah by next year we will make it come true!huhu...Juliana Evans...sape tak kenal kan..maybe ada lah jugak pakcik dan makcik yang dah tak mampu nak tengok tv and baca paper yang tak kenal dengan artis jelitawan yang cun melecun nih.sape cakap artis Malaysia tak best??? huhu...




#2 Wife


Okay kalo tadi Juliana Evans,ni plak memang sah bini aku a.k.a Syakirah.macam mana nak describe pasal wife aku ni.senang cite dia memang seorang wanita yang sangat cantik pada pandangan aku.dia seorang perkerja yang jujur dan terer lah kesimpulannya.satu benda ja yang aku fade-up pasal wife aku "sorang" ni..aku amat takut kepada beliau.pernah beberapa kali beliau melesing aku hingga pada bulan oktober 2010 aku mengalami pendarahan hidung.gile punya terpengaruh WWF sampaikan bergurau senda hingga mencederakan aku.tapi apa-apa pun wife aku nih sangat penyayang dan sporting..hehe...






#3 Photography

Gambar nih adalah gambar kegemaran aku dan model tersebut adalah salah seorang kawan aku yang bernama Syuhairie.(single lagik..).aku rasa pic ni mempunyai element dan juga message yang sangat membina,amat sesuai kalau buat banner untuk students IPTA dan IPTS and letak kat Library.kalau aku masih belajar,mesti aku berlajar bersungguh-sungguh selepas melihat gambar ini huhuhu...





#4 Liverpool F.C

Liverpool..hurm susah nak cakap pasal performance diorang season ni.tapi yang pasti aku memang meminati team ni dari aku umor 4tahun lagi.so macam takde masalah lah kalo diorang main teruk pon aku still minat.dulu aku pernah bercita-cita nak main untuk liverpool.tapi nak buat macam mana kan,masa tu tiket kapal terbang dan kos untuk buat passport tersangat lah mahal huhuhu..apa-apa pun,YOU'LL NEVER WALK ALONE!




#5 Baby

Sebelum aku mula bercerita,aku nak buat pembetulan..pic nih je buat aku nampak macam juling,tapi pada hakikatnya aku normal huhu...soooo...back to our story,nih kitten aku yang aku nama kan Baby.si Baby ni dulu aku mati-mati ingatkan dia nih perempuan,rupa-rupanya dah besar baru nampak bahawa beliau nih lelaki.nak cite pasal Baby nih memang tak habis lah..dia punya bising satu Kangar boleh dengar.kalau time tdo okay jer,kalo lapar jer terus bising dan membuat kacau bilau didalam rumah.adoiii..nih kira termasuk bencana alam jugak lah dia ni pon.





#6 Rapunzel

"Abang kalau nak kawin lagi sorang make sure dengan Rapunzel...Orang lain Sayang tak kasi!!!"
diatas adalah petikan daripada kata-kata bini aku.kalau aku nak kawin sorang lagi make sure dengan minah diatas ni je.huh!memang takde jodoh la kitorang.apa-apa pun Rapunzel adalah salah satu watak kegemaran aku terbitan Walt Disney...Rapunzel Rocks!!! 




#7 Kratos God Of War I,II, & III

Nama aku dalam Facebook pon aku ambik dari watak ni.kalo korang nak add aku make sure carik Kratos Abdul Zeus,(pergh promote!).jangan bimbang aku sorang jer yang guna nick nih.beliau ni seorang watak dalam game ps2 & 3. kalo korang pernah main sure korang tahu betapa "sopan dan baik" si Kratos nih.aku memang dah terpengaruh betul agaknya dengan watak ni sampai terbawak-bawak dalam tido...nak tahu bertapa ganasnya mamat ni,cubalah main!hehehe...





#8 P1 w1max

Hahaha..ape nak cakap kalo benda ni takde.aku bergantung hidup dalam dunia 'social networking' aku hanya kerana wimax.terime kasih kat member aku Embun Pagi sebab 'pinjamkan' aku wimax hahahaha..kalo tak jangan nak Facebook,nak menulis Blog pon tak kesampaian.bagi aku line wimax memang tip-top kat area Kangar Perlis nih.best-best!!!




#9 XBox 360

Bini aku kasi aku hadiah sempena birthday yang ker 26.sangat bermakna bagi gamer macam aku.dapat jer xbox,Playstation terus ditinggalkan haha...memang superb lah benda nih.tambah-tambah kalo main guna HD. susah nak cakap lah tapi yang pastinya kalo tak pegang xbox memang terasa bagaikan ditinggalkan isteri ke kursus la...




#10 Aku la sapa lagi

Adeh..susah nak paham dengan diri aku sendiri.tapi ape-ape pon aku suke pic nih..takde yang lucah ek Bro Qarl!!!nih pic nih wife aku yang snap dan aku agak suke edit pic nih Back to 1960's.by the way,ada masa okay..ada masa gilo haha!.nak cakap moody pon tak sebab memanjang je merapu keja aku.member-member adalah sumber inspirasi kedua selepas isteri dan family.tapi aku jenis yang easy-going.kadang-kadang rasa macam handsome,tapi sebenarnya macho jer.ntah lah..aku pon tak faham!




#11 Axe's Body-spray & Deodorant 

Masalah badan busuk?haaa aku suggest Axe la kat korang.aku memang tak leh nak pegi mana-mana kalo aku tak pakai Axe.memang antara yang penting la untuk kecantikkan dalaman diri aku haha..statement teruk gila.tapi serious lah cakap memang mengundang bahaya gak bendalah ni.sebab once perempuan terhidu diorang akan cakap.."bom chicka wahwahhh!!!"..so lepas tu confirm korang akan lari bertempiaran diburu oleh isteri sendiri akibat cemburu.moral of the story,nak pakai Axe bagi korang yang dah kawin,elakkan bila berjalan-jalan bersama isteri.lagi baik pakai time bini pegi keje or kursus..hahahaha..(joke jer eh...) 



#12 Swimming  

Korang mesti pernah tengok cite Bay watch kan?ala yang TV2 tu lah.Pamela Anderson pon berlakon gak. aku boleh disifatkan macam hero cite tu lah.tiap kali cuti je aku and the gang mesti pegi mandi air terjun.best wooo..kalo korang datang Perlis try pegi Bukit Air.nama pon dah tau macam mana suasananya.memang best!
dalam pic nih aku mandi kat sebuah lubuk kat situ.memang mengundang kecelakaan la sebenarnya.tapi untuk individu-individu yang terer berenang macam aku,InsyaAllah takde hal.




#13 Bola sepak

Memang dah sinonim dengan kaum Adam la kan,kalo tak main bola ni memang pelik dan tak lelaki la. statement nih bukan aku saje buat tapi dah memang kenyataan.aku start main bola mase darjah 2 lagi.then mase darjah 4 wakil sekolah rendah. pengalaman yang paling aku takleh lupa adalah masa aku score gol sendiri sebab nervous!haha..aku akui yang aku memang sengal jugak.tapi aku memang minat tahap tertinggi la sukan ni.sape cakap main bola senang?the truth is,masa main bola kita kena ada kemahiran matematik...sebab nak kena passing dan shooting kena ada calculation hape...tapi yang pasti dan tersangat fakta pasal sukan ni adalah,we always say no to racism!!!




#14 Melancong,melencong

Aku dulu jenis tak suke melancong.tapi lepas aku kenal dengan wife,dia yang ajar aku benda-benda macam ni.tapi secara jujur aku cakap memang baru aku tau yang malancong ni best.even Perlis dekat dengan Langkawi, aku jarang kot pegi.tapi Honeymoon kitorang pegi melencong kat Langkawi.hurm..senang cakap korang pegi je..memang best dan sangat mengimbau nostalgia masa bercinta time kanak-kanak dan remaja hahaha..tak caya?tak caya sudah..try la pegi...




#15 Musik,Akustik & Realistik

Sebagai penutup aku memilih musik.tipu lah kalo korang tak minat musik sebab Al-Quran sendiri mempunyai elemen-elemen musik didalam kehalusan seni ciptaanNya.aku start involve dalam musik secara serious selepas spm 2001.before tu pon memang dah minat.bile terkenang balik zaman-zaman Grunge dulu-dulu lawak pon ada gak hahaha..dengan seluar ketat,koyak rabak,rantai gantung kat seluar,baju lusuh and kasut all american yang sememangnya menjadi identiti Kurt Donald Cobain.then aku menceburi diri dengan mencipta beberapa buah,puluh & ratus lagu.melalui musik nih kita akan dapat express dan keluarkan semua isi hati kita dan aku lebih suka cipta lagu menggunakan acoustic guitar dan dengan itu maka akan terkeluarlah lirik-lirik yang secara am nya merupakan cerita realistik tentang kehidupan aku :) ade kena mengena tak???


fuhhh!jadi inilah saje nukilan dari saye Bro Qarl.kalo nak ikut 99 items pon tak habis huhu...
anyway thanks sebab memberi kesempatan kat kitorang untuk accept healthy challenge macam nih..


:::Lets rock our page with this "My 15" dude:::